Perbandingan Laptop Acer VS Asus Comparison. Acer dan Asus laptop adalah dua jenis laptop yang popular pada masa kini. Mengikut ranking laptop terbaik di dunia di sini , Acer menduduki tempat ke-9 dan Asus di tangga ke-7. Brand atau jenama laptop terbaik di dunia ialah Apple, Lenovo dan HP di tempat tiga teratas.
Walaubagaimanapun, laptop Acer dan Asus mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia dan seluruh dunia. Salah satu sebab adalah kelebihan laptop Acer dan Asus
adalah harga yang murah berbanding jenama lain. Kebanyakan laptop Asus
dan Acer adalah lebih murah berbanding laptop lain yang mempunyai
specifikasi lebih kurang sama. Harga yang murah inilah menyebabkan
jenama Acer dan Asus menjadi pilihan ramai. Laptop Acer secara amnya
kadang-kadang mengalami masalah overheating (cepat panas) berbanding
laptop Asus. Kelebihan Laptop Asus juga dikatakan
mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding Acer. Acer pula mempunyai
support atau servis yang diakui antara yang terbaik.
Perbandingan Laptop Acer VS Asus Comparison.
Bagi menentukan laptop mana yang lebih bagus antara Acer dan Asus
adalah agak sukar. Ini disebabkan soalan tersebut adalah agak subjektif
dan ianya bergantung kepada keperluan dan kemampuan pengguna. Sekiranya
wang bukan masalah buat anda, beli saja laptop model Apple jika mahukan
kualiti dan kepuasan terbaik. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi
alternatif lain yang mungkin memenuhi keperluan dan kehendak kita
sebagai pengguna. Untuk lebih detail, anda boleh layari laman web Acer dan Asus.
http://lewis.my/perbandingan-laptop-acer-vs-asus-comparison/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar