Kamis, 28 Februari 2013

Tips Penting Pilih Dan Beli Laptop Terbaik


Tips penting pilih dan beli laptop. Pada masa sekarang, laptop boleh dikatakan menjadi satu keperluan kepada kita. Boleh dikatakan kita menggunakan laptop  setiap hari. Sekiranya anda seorang yang sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat, laptop adalah sangat penting untuk sebarang urusan anda.

Beli laptop atau komputer riba tidak serupa dengan membeli handphone. Kebanyakan orang membeli laptop akan memakainya untuk jangka masa yang agak lama. Keadaan ini adalah sedikit berlainan dengan beli handphone yang sering bertukar-tukar.
Tips Penting Pilih Dan Beli Laptop Terbaik
Tips Penting Pilih Dan Beli Laptop Terbaik
Kriteria penting semasa membeli laptop adalah apakah tujuan anda membeli laptop? Adakah untuk sekadar melayari internet, tengok video dan dengar lagu? Adakah tujuan utama adalah untuk bermain pelbagai jenis games. Atau untuk membuat kerja yang memerlukan laptop bekerja berat?
Terdapat banyak jenis jenama laptop pada masa kini di pasaran seperti Apple, Dell, Acer, Asus, Sony Vaio, Toshiba, HP Compaq, Lenovo dan sebagainya. Tips penting pilih dan beli laptop adalah dapatkan harga yang terbaik maksudnya yang murah tapi berkualiti. PC Fair merupakan tempat terbaik untuk mencari laptop murah daripada harga biasa. Antara beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ketika memilih dan membeli laptop terbaik pada masa sekarang :
  • Harga (bergantung kepada budget anda, Rm2000 ke bawah sudah boleh dapatkan laptop yang baik )
  • Processor mesti 2 Ghz ke atas ( agak rugi kalau kurang 2 GHz sebab harga sekarang murah)
  • RAM minimum 1GB (boleh upgrade)
  • Saiz hard disk (tak berapa penting sebab ramai yang gunakan external hard disk dan sekarang)
  • Jenama laptop (elakan beli laptop jenama yang tidak pernah didengar)
  • Graphics (penting bagi kaki games)
  • Kemudahan Wireless, Bluetooth, kamera dan sound system
  • Battery (pilih laptop yang battery boleh tahan lama)
  • Warranty (mesti ada)
  • CD Driver laptop (minta dari penjual kalau tak disediakan)
  • Berat laptop (seringan yang boleh)
http://lewis.my/tips-penting-pilih-dan-beli-laptop-terbaik/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar